Sunday, 21 August 2016

Pengenalan

Perkataan fitnah di dalam Al-Quran membawa maksud yang secara umumnya merujuk kepada perkara yang buruk dan kebinasaan. Dari sudut bahasa,  fitnah membawa maksud ujian dan cubaan. Walau bagaimanapun, di dalam minda rata-ratannya orang Melayu, apabila disebut perkataan fitnah, ai membawa maksud tuduhan dusta atau palsu ke atas seseorang. Walaupun ia tidaklah salah sepenuhnya, tetapi ia telah menyempitkan makna fitnah itu sendiri. Di dalam Al-Quran terdapat beberapa maksud fitnah yang lebih luas lagi dari itu seperti yang terdapat dlam beberap ayat berikut:
  • Syirik (Surah al-Baqarah: 191, 193 & 217)
  • Ujian dan cubaan (Surah Toha: 40 & al-Ankabut: 3)
  • Seksa (Surah al-Ankabut: 10, al-Dhariyat: 14 & al-Nahl: 110)
  • Dosa (Surah at-Taubah: 49)
  • Kekufuran (Surah al-Taubah: 48)
  • Pembunuhan dan kebinasaan (Surah al-Nisa’: 101)
  • Berpaling dari jalan kebenaran (Surah al-Ma’idah: 49 & al-Isra’: 73)
  • Sesat (Surah al-Ma’idah: 41)
  • Alasan (Surah al-An’am: 23)
  • Gila (Surah al-Qalam: 6)

Di dalam Hadis Rasulullah pula, Fitnah membawa maksud perselisihan, peperangan, ujian, cubaan, kelalaian, pembunuhan, penyeksaan, kemungkaran, maksiat, kufur, berpaling dari agama. Sekiranya diamati maksud fitnah itu dan dikaitkan dengan media baharu, ia membawa maksud keburukan dan impak negatif dari sudut agama terhadap manusia. 

No comments:

Post a Comment